Advanced Technology in UTP

12:47 PM / by Pojan

Mood : Takde mood.....
Doing: Tengok House
Thinking: "Laparla pulak~~ V4! V4!"
Eating: Mana makan lagi
Drinking: Mana minum lagi....


Hah! Setelah sekian lama menyepi, Pojan akhirnya mengupdate jugak blog ni. Kali ni sebab Pojan sibuk test, setiap hari ada ja test. Tapi itu cerita minggu lepas, sekarang dah hujung minggu^^.

Kali ni Pojan nak berkongsi sedikit sebanyak tentang salah satu teknologi yang diguna pakai di UTP ni. ( Yang Pojan dengar) boleh dikatakan benda ni antara salah satu teknologi yang melibatkan ramai designer, engineer, dan juga artisan-artisan seluruh dunia. Kalo kat Malaysia ni, mungkin ni ja tempat yang guna teknologi macam ni.

Nak tau apakah teknologi yang dimaksudkan?
[...]






Yeah! Teknologi yang dimaksudkan adalah 'Rain Under The Roof'. Teknologi ni amat menarik perhatian dan sememangnya perlu diber perhatian. Ye lah, kalo tak beri perhatian, alamat basahlah orang yang tak terberi perhatian itu. Maka padanlah muka dia. Lokasi teknologi ni kurang strategik, ataupun sengaja diletakkan di situ, iaitu berhampiran dengan KoPetro. Diorang nak ke benda tu kat situ?

Nak bisik: Cian la kat Kopetro. Silap-silap kalo dia wat post morterm, dia perasan pelanggan dia kurang atau hampir takde bila time hujan. Harap pihak berkenaan dapat mengambil langkah sewajarnya demi keharmonian sejagat ;p

ShareThis