Jalan-jalan Cari Makan! : Cafe USM

3:37 PM / by Pojan

Mood: Tak bermaya
Doing: Tido
Thinking: "Nak tido"
Eating: Tak makan lagi
Drinking: Air kosong ja


Salam final exam. Yeah, makin hari makin terasa bahang final exam. Bagi yang sedang menduduki final exam, semoga berjaya diucapkan. Final exam ni bukanlah mudah, tambah-tambah bagi yang tidak study ;p realiti yang pedih. Bila dah abis menjawab paper untuk hari yang tertentu, sudah pasti siswa-siswi berasa lapar yang amat sangat, dan antara tempat yang akan dilawati oleh siswa-siswi kelaparan ini adalah CAFE USM. [...]




Bila?  Sesuai untuk dilawati untuk sarapan, kerana roti canai di sini adalah antara yang terbaik di Tronoh. Boleh juga dilawati untuk makan tengah hari dan makan malam. Nasi campur untuk tengah hari dan makanan goreng untuk makan malam. Kalo bernasib baik, roti canai masih boleh dibeli pada waktu malam.

Siapa? Yang memasak makanan di sini adalah orang Melayu, tidak pasti Melayu asli atau tidak. Dan kebanyak yang melawat cafe ini adalah golongan Melayu. Cina nampak jugak kadang-kadang untuk membeli roti canai. India.....Pelajar v1a, v1b, khususnya paling selalu kelihatan di sini.

Berapa? Harga yang dikenakan agak berpatutan, tidaklah terasa seperti makan di restoren mewah. Kalo mahukan makanan yang seimbang pon masih dalam bajet (Nasi, daging, sayur, air buah)

Layanan? Seronok kerana pekerja-pekerja di sini agak sporty dan boleh diajak berbual. Mungkin kerana banyak masa lapang. Tapi yang pasti, tidak menyakitkan hati. Tahniah!

Cadangan? Datanglah ke cafe ini kalau mahukan roti canai yang best!!


Kafe Paprika

Bila? Pagi, tengah hari dan malam (tidak lebih pukul 9 malam rasanya) dan bila korang rasa nak merasa dan ada duit. Apa yang agak menarik di sini adalah burger yang bersaiz lebih-besar-dari-kepala-orang. Yeah, burger ni hanya boleh didapati bila-bila masah selagi bahan masih ada.

Siapa? International, Cina, India, adalah pelanggan yang sering melawat Kafe Paprika. Melayu ada juga, kalo yang hendak mencuba burger yang besar, date mungkin...

Berapa? Agak mahal, sebab makanan yang disediakan adalah makanan-bukan-melayu-yang-buat. I mean, makanan western camtu lah. Untuk mendapatkan makanan macam ni, sebenarnya tak dikira mahal lah. Jangan berkira sangat sebab setakat makanan-makanan yang telah dicuba, semuanya memuaskan.

Layanan? Tuan kafe ni kalo tak silaplah dari Australia. Dari cara dia memanggil pelanggan yang 'order'nya telah siap, menunjukkan dia ni seorang yang mesra dan open. Cubalah bersembang dengan dia, it could be a brand new experience^

ShareThis