Duit terlebih tulisan

4:11 AM / by Pojan

Mood: Kenyang la pulak~
Doing: Leverage second season
Thinking: "Nak tengok satu episod Leverage sebelom tido"
Eating: Roti Canai
Drinking: Teh Tarik


Salam dan selamat pagi^ Pojan baru balik dari 'mamak'ing lepas maen futsal, dan lepas jatuh longkang dan macam-macam lagi. Dugaan Tuhan, apa nak jadi pon boleh. Pojan hanya mampu memanjatkan syukur sebab masih lagi hidup sihat wal'afiat, cuma kaki ja calar sikit sebab masuk longkang.

By the way, Pojan teringat tentang satu kejadian yang Pojan rasa kurang enak dan perlu dikongsi bersama untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Kisah ni berlaku dalam UTP jugak. Tempat yang selalu dilawati jugak dan selalunya untuk mencari makanan. Kisah ni berlaku di Cafe V4. [...]


Pada satu tengah hari (kenapa kena ada pada suatu bla bla?) Pojan terasa lapar suda lalu Pojan pon pergi ke Cafe V4 untuk makan. Entah, teringat kat makanan V4 kot masa tu. So, Pojan pon pergi la ke V4 sorang-sorang, sebab time tu dah lapar sangat dan takde orang laen untuk diajak dah.

Sampai-sampai V4, Pojan amik nasi dan lauk, then pergi ke kaunter untuk bayar. Pojan amik nasi lauk ayam masak kicap dengan air suam. Tapi masa tu Pojan ada sekeping not merah ja, Pojan bagi je lah kat mak cik berkenaan. "3 ringgit" pastu mak cik itu ambil lah not merah dan mencari-cari not laen sebagai baki kepada Pojan.

Apa yang menariknya, bila mak cik ni dah amik duit baki, dia kira-kira dulu, nak bagi cukup la kan. Tak mao lebih, tapi kalo terkurang ok ja (no offence ;p) Masa dia kira-kira, Pojan ternampak not satu ringgit yang berconteng. Mak cik tu pun perasan jugak not yang berconteng tu, tapi instead of tukar dengan not bersih, dia terbalikkan ja not seringgit tu, bajet Pojan tak nampak ah sebab ada masalah penglihatan.Dengan muka selamba dia bagi baki tu kat Pojan. Empangan! Apa ni? Tak elok lah buat macam ni mak cik, kalo tak sengaja takpe, ni dah perasan dah seringgit tu, tapi nak bagi jugak, haih!


Kesimpulannya, jangan la buat benda-benda macam ni dengan pelanggan, nanti pelanggan marah, tak mao makan dah kat situ, baru match your face mak cik! Nasib la dapat pelanggan macam Pojan, baik hati, penyabar, handsome (over sket). Mak cik jangan buat dah tau? Nanti kalo pelanggan tak suka, tak berkat pulak perniagaan tu, takot jadi macam tu lah. Jangan nakal-nakal dah ek?

Nak bisik: Jangan la korang tanye sape mak cik tersebut tu kat Pojan, pikir-la sendiri

ShareThis