Sumthing that i just want to write

5:57 PM / by Pojan

:---) pinochio

Pojan sedang menonton kotak tv di mana pojan tertonton satu iklan yang pojan ase cam nak bagi komen je kat die^^ iklan ni basically bout rokok. Tao rokok? Kepade yang tidak kenal akan rokok, jelaslah anda punyai IQ setinggi lipas, yakni yang hanya tao berlari ke arah kegelapan kerana tidak dapat berhadapan dengan cahaya. Tahniah!!

Iklan ni mengisahkan tentang seorang nurse india yang pada hari itu (dalam iklan itu) dia telah memberi penjagaan kepada tiga orang pesakit.

Pesakit pertama:
Rakaman menunjukkan pesakit pertama dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan, dan seorang wanita yang cun x cun, tua x tua, menghampiri lelaki melayu ini. Lelaki ini cuba bangun dan berkata sesuatu pada wanita tadi, namun cubaannya gagal apabila dia hanya terbatuk-batuk. Wanita itu cuba menenangkan lelaki itu. Kemudian lelaki itu teruskan usahanya dalam menyampaikan msg kepada wanita tadi.
"Abang mintak maaf" wanita itu sebak melihat lelaki itu. Rakaman menunjukkan lelaki itu memandang perot wanita itu
"Ayah mintak maaf" dan seorang jururawat (bukan jerawat) tampil dalam rakaman, melemparkan senyuman yang ikhlas x ikhlas kepada wanita itu, seolah-olah memberi semangat kepadanya.

Pesakit kedua:
Seorang anak kecil berbangsa Cina, memegang tangan ayahnya, berjalan-jalan di dalam wad, hinggalah di saat ke berapa ntah, tiba2 ada seorang wanita Cina, bibirnya dipenuhi dengan ketumbuhan, memanggil-manggil seseorang
"Errrrrgghhh! Errrghhh!" (pojan x sure bunyi tu macam mane^) aaaaand, budak Cina itu lantas memalingkan muka nya ke belakang (wkatu tu dia menghadap pmpoan cina tu) pastu, wanita tu pon memanggil-manggil lagi
"Errrrrgghhh! Errrghhh!" (btol2 pojan x tau bunyi tu macam mana, tolonglah!) then, ayah budak cina tu pon kata mak dia panggil. N dia pon tengok pompoan tu, slooooowly, n mak dia bagi satu kad tertulis 'I love U' (pojan x sure jgk tulis apa ;p) di saat itu, budak itu tidak berkata-apa, merenung kad itu. Skali lagi, tampil nurse india tadi, melihat peristiwa terbabit.

Pesakit ketiga:
Kelihatan seorang singh lelaki bangun dari baringnya, melihat isteri tersayang di sisi. Perlahan, si lelaki menarik selimut yang membaluti dirinya. Namun apabila dia sedar, kaki kanannya bukan lagi miliknya, dia terpaku, lalu baring semula.....
"Enna poringge (Kaki sudah tiada)"
" Pone, moringe manene kalingge (ya, tapi abang masih bersama kami)"
"blablablablabla.....(bla)"
sebenarnya pojan x ingat~ tapi, sekali lagi tampil nurse India tadi, menyaksikan keadaan yang sedih ini skali lagi.

Rakaman menunjukkan seorang budak lelaki india sedang duduk di bangku luar hospital. Tidak semena-mena terjatuhkan sekotak rokok. Tatkala tangannya cuba mengambil kembali kotak rokok itu, tampil nurse yang tadi tu (xda nurse laen je?) dari koridor gelap dari belakang budak lelaki itu. Nurse , menunjukkan muka sengal+kecewa berjalan ke arah budak itu. Budak lelaki itu menghulurkan helmet motosikal, namun hanya dipandang dingin oleh nurse.
"Please don't disappoint me" kata nurse kepada anak itu. Lalu menghayunkan kakinya dari koordinat terbabit

Rakaman menunjukkan tangan budak lelaki India itu, mengeluarkan kotak rokok dari poketnya, lalu menggenggam sampai renyuk, dan dilepaskan ke dalam tong sampah. Dia faham apa yang maknya maksudkan.

Rokok penyebab Kanser Paru-paru, Kanser Mulut dan Gangren

Pokok-pokok V1

8:45 PM / by Pojan


Pokok oh pokok~ korang tau pokok-pokok kat v1 ni banyak sangat dah berjasa kat penghuni v1 mahupun komuniti seluruh dunia. Kenapa? Banyak sebabnya dan antara yang visible dengan ketaranya adalah pokok2 ni menyediakan shadow yang redup sekaligus menjadikan laluan-laluan di bawah pokok2 ni menjadi pilihan universal^^ antara aktiviti2 yang sesuai dilakukan di bawah pohon2 rendang ini adalah picnic, senaman ringan, maen psp, maen laptop, mahupon yang ingin berlatih maen alat muzik (tapi dinasihatkan supaya anda cekap dulu bermaen alat muzik sebelum melakukannya)

Namun, itu bukan semua, pokok2 juga berfungsi sebagai pengimbang peratusan oksigen dan carbon dioksida dalam udara sekeliling seluruh Bumi. Oksigen amat penting kepada pemain2 futsal yang rajin seperti Amad, Khai, Don, Din, Fared pendek. Tidak lupa kepada yang berlubang idung besar, mustilah memerlukan lebih oksigen, so trimas pokok!!

Dan sebab yang ketiga yakni yang last dalam blog ni, pokok2 juga dapat mencantikkan lagi panorama sesuatu tempat, dan tidak ketinggalan pokok2 juga dapat menenangkan fikiran dan mewujudkan perasaan aman dan tenteram, sekaligus menjadi alternatif terapi. Panorama yang menarik amat sesuai untuk mereka2 yang suka melukis mahupon mengambil gambar nature.

In the nutshell, kita semua tidak calculate mana2 bangsa, gender, mahupon agama, perlu bersyukur kepada tuhan dengan nikmat yang diberikan ni walao dengan apa jua cara sekalipon agar nikmat ini teros dinikmati generasi sekarang dan generasi future!!!

Wileeeeeeeeey

3:54 PM / by Pojan

):-( nordic

Tajuk di atas sudah memberi tekanan yang lebih kuat dari atmospheric pressure. Siapa sangka wiley mampu memberikan tekanan sebegitu rupa? Kalo x caye, register n wat ah soklan wiley, tambah2 soklan daripada Dr C. Kompem anda suma akan terguling2 sambil menghantukkan kepala anda di lantai. Tak pun anda mungkin akan menjadi kurang waras, dan anda akan tertawa tanpa henti. Nak bukti? Tengok ah sendiri!!


cian dia ni, efek dari wiley ah

Antara perkara yang boleh dipraktikkan untuk mengelak daripada menjadi mangsa Wiley adalah:
1: Hafal Blackman
2: Bile nak wat wiley, wat bersama-sama geng
3: Hafal jawapan wiley orang laen sesiap
4: Jangan gelak2 mase wat Wiley

Dikenang

10:40 AM / by Pojan


semasa berjalan pulang, pojan terlihat lagi sesuatu yang menarik minat. Kali ini bukan lah topeng H1N1, tetapi satu objek yang pojan pasti, ramai yang tahu dan pernah menggunakannya.

objek terbabit adalah telefon awam, bila pada zaman dulu, pojan sering bertandang di hujung minggu, menelefon keluarga tersayang. Pada zaman yang dulu itu jugalah, perempoan2 dan lelaki2 beratur menuggu giliran untuk menelefon insan yang mereka tidak mahu kantoi dengan family mereka. Ikatan terjalin semasa menuggu giliran itu, ada yang bersembang memperkenalkan diri masing2, ada yang melompat2 kegirangan, dan ada juga yang hanya diam menunggu giliran.

Tatkala kecemasan berlaku, mereka berkejaran ke telefon lama, menekan nombor 999. Namun, banyak kali lagi telefon ini digunakan utk mengenakan operator 999. Dalam komuniti itu, ada juga yang menghargai jasa telefon lama, tidak seperti sekarang. Lebih ramai yang merosakkan telefon lama sebelom telefon itu rosak sendiri!! Apa ke jadah nye gitu? Walaupon namanya telefon lama, namun masih ramai yang tidak mensia-siakan kewujudan objek ini, termasuk jugak komuniti UTP!!

Pemergian H1N1??

6:00 PM / by Pojan

%| confused



Pagi ni, pojan berjalan ke arah USM dari lecture hall bersama-sama bebudak ME, dan semasa dalam perjalanan itu, pojan tertarik dengan satu objek berwarna putih. Lalu pojan pon snap gambar objek itu mengikut gerak hati pojan.

Dalam hati, pojan tertanya, kenapa sedemikian rupa objek ini dilayan? Adakah kerana mereka merasakan mereka sudah kebal dari wabak H1N1? Ataupon merasa fikir Malaysia sudah punya vaksin untuk melawan wabak ini? Jika itupon yang mereka fikir, objek ini tidak wajar dilakukan sebegini rupa!! Sedang mereka taat setia bersamanya tatkala ramai yang diisytiharkan disyaki menghidap H1N1, mereka lupa tros padanya pabila pulang dari cuti H1N1, merasakan semua yang di bumi UTP bebas H1N1, namun hakikatnya tiada siapa yang benar tahu.

IT'S ABOUT MY CLASS

5:45 PM / by Pojan

:-1 whatever

Arini ari yang agak ngantok. Sebab? Kena bangun pukul 4.30 nak gi amik sorang kawan yang baru nak reti balik UTP. Haih!! Ngada guh ;p By the way, arini pojan cuma nak 'quote'kan sket pasal apa yang selalu dikatakan dalam kelas pojan, yakni kelas MEriuh^^

Calculus:
"..at the end of the day" -Dr Y

ICIS:
"You got any question regarding the previous chapter?" -Mrs E

Chemisrty:
"That's why I say chemistry is easy, right?" -Dr C

Physics:
"Next man" -Dr M

Pojan arap kat sesape yang tau sape yang kate gini, senyap2 udah la ek? Pojan x diberi lesen untuk 'quote' diorang ni. Bagi sesape yang xtau, teroskan bertanya ;p


Hari mingguuuuuuu

4:54 PM / by Pojan


=:-) Punk

Arini pojan bangun awal, luar biasa buat pojan sebab nak teman kawan pojan sorang nih^^ tapi tengah2 teman, pojan tetido la pulak ;p but then, dala
m pkol 8++, datang la pulak orang2 yang berdedikasi nak membanteras wabak h1n1 daripada menular. Kesahnye bermula macam ni:

Knock!! Knock!! Knock!!
pojan pon bukak ah pintu, tapi dengan hati yang paneh sebab kalo ada orang nak jumpa pon, selalunya x ketuk kuat macam pagi ni. Bukak-bukak nampak don, pojan wat isyarat orang-baru-bangun-tido tanya kenapa. Tapi don seolah tidak memahami isyarat itu, hanya mengangguk lemah palenye. Hati pojan maseh paneh. Tapi masu tu, pojan nampak ramai jugak yang tgh lepak kat luar bilik n pojan asa cam ada sumthing yang sedang berlaku. Pojan pon gerak ke luar bilik, then pojan nampak ada mok cik pok cik yang sentiasa memastikan UTP dalam keadaan bersih ni ngah bawak sumthing utk menyembur....


don n geng

It's H1N1, and I'm partially enjoying it

1:42 PM / by Pojan

:-S make no sense

Sebenarnya, pojan dah pon cuti semenjak 1 Ogos agi, tapi mood nak menulis tu dah lama hilang (bercuti), maybe sebab nak cover study kot (yeah, unbelievable, tapi pojan memang study^) Sebenarnya, kalo ikut hati, pojan xmao dah cuti panjang2 melainkan cuti yang memang wajib panjang macam cuti raya, mid-sem, ngan cuti sem. Sebab kalo cuti panjang memang kena kuar duit n tenaga nak balik umah kat Langkawi ni~ tapi nak wat cena, ni cuti darurat, cuti H1N1!! Naseb ada jgk keta untuk digunkan kat Langkawi ni, leh jgk round2^^ bes2. Pojan ada jgk pk pasal benda ape ah nak letak dalam blog ni, cane kalo xda mood nak nulis, tapi ada mood nak wat photo editing n design? N pojan pon terpk nak letak jugak hasil karya pojan yang x seberapa, at least my blog don't s stop for long period^ Below antara gambar original n yang pojan dah edit

sempena H1N1

kek yang cute n sedaaap


ShareThis