Cana : Ko menipu ke???

3:08 PM / by Pojan

Mood: Study~~
Doing: Twittering
Thinking: "Aish, hari ni aku tak mula study lagi ni"
Eating: Nasi lauk ayam masak merah
Drinking: Air kosong


Salam sejahtera kepada bloggers dan non-bloggers sekalian. Kali ni Pojan nak post sumthing different. Cuba tengok tajuk post. 'Cana' ? Ape tu? Sebenarnya 'Cana' comes from 'bagaimana' atau dalam Englishnya, 'how to'. Tajuk asalnya 'How to: Detecting a lies' tapi disebabkan Pojan lebih suka BM dari BI, Pojan pon translate kepada BM. Tapi kalo terjemah BM, 'Bagaimana mengesan penipuan?? WTH tajuk sangat boring?? So Pojan pon tukar la sket tajuk tu konon nak bagi menarik ;p


Ok, sudah. Dalam artikel ni, Pojan nak mendedah beberapa cara mengenalpasti penipuan. Teknik yang akan digunakan ni memerlukan korang sebagai pendengar yang bagus, pemerhati yang bagus dan skepticism yang bagus.Bila da cukup syarat, kita mulakan soal siasat, jom!

Langkah 1:
Perhatikan pergerakan subjek. Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang berbohong, subjek akan cenderung untuk menyentuh hidung dan mukanya. Kalo menyentuh muka secara berlebihan tu bukan kebiasaan subjek, awas! Dia mungkin sedang berbohong.

Langkah 2:
Cuba kekalkan eye contact. Jika subjek kelip mata dengan kerap berbanding biasa,  mungkin ada udang di sebalik batu!

Langkah 3:
Subjek juga akan cenderung untuk selalu berkata "bukan aku yang buat" dan dalam percakapannya juga subjek akan lebih menggunakan kata ganti diri apabila merujuk kepada orang lain. Dia tidak menyebut nama penuh apabila bercakap tentang orang lain.

Langkah 4:
Apabila subjek yang menipu cuba senyum, korang akan terasa pelik dengan cara dia senyum seolah-olah  baru belajar senyum beberapa jam sebelum tu. Ini kerana kalo dia bercakap benar, banyak otot di muka digunakan semasa senyum tapi kalo dia menipu? Hanya mulut ja yang bergerak.

Langkah 5:
Semasa menipu, subjek mendekatkan tangan ke badannya, kerana posisi ini membuatkan mereka lebih selesa. Subjek juga tanpa sedar akan 'meletakkan' sesuatu di antara penyoal dan subjek. Semua ini dipanggil defensive positioning yang membuatkan diri mereka lebih 'selamat'.

Langkah 6:
Semasa 'menyoal', cuba berhenti sementara sebelum memberi respon dan jika perbuatan itu menyebabkan subjek menjadi tak tentu arah, teruskan menyoal!

Langkah 7:
Semasa menyoal, korang akan perasan yang subjek akan memberi jawapan dan informasi lebih banyak dari yang ditanya/diminta. Ini kerana subjek menganggap perbuatan ini akan mengurangkan kemungkinan dia untuk kantoi.

Langkah 8:
Cuba ubah tajuk perbualan, subjek akan kelihatan lega dan gembira. Hmmm, korang tak rasa pape yang pelik ke?

Namun, tak semua langkah dapat diapply dan result daripada pengaplikasian langkah-langkah ini tidak semestinya tepat 100%. Kejayaan langkah-langkah di atas juga bergantung kepada bagaimana korang lakukannya. Namun, kebanyakan orang apabila berbohong akan memberi reaksi sedemikian rupa. Jadi, tak salah mencuba^^

ShareThis