Kredit oh kredit!

1:32 AM / by Pojan

Mood: Fizik!
Doing: Baru lepas study Fizik
Thinking: "Nak tengok 2012"
Eating: Nasi Goreng Ayam
Drinking: Air dari langit yang telah dirawat dan ditapis


Assalamualaikum dan salam....sejahtera (takot ada yang marah lak bila tulis 'final'.haha) Bila dah penat study facebook malam ni, terasa nak nak blogging pulak. Haih! Macam mana la nak elak dari blog ni? Memang susah terutamanya bila korang dah wat macam-macam kat blog korang.

Tahniah diucapkan kepada Zizi kerana telah berjaya memulakan blognya yang pertama. Tahniah juga kepada Saser kerana beliau lah subjek dalam post pertama blog Zizi. Semoga lebih ramai yang memulakan blog dan menulis artikel pasa bloggers lain ;p

Hah! Dah nak melalut sekejap. Kali ni Pojan nak tulis pasal memberi kredit. Bukan share kredit atau sebutan manja masa sms, 'kedit'. Kredit yang dimaksudkan sama macam kredit di akhir movie-movie di mana nama-nama producer, pelakon, editor, pengarah, sponsor, disenaraikan. Dah dapat gambaran tentang kredit?


Kredit ni selalunya diberi kalo ada orang yang terlibat dalam sesuatu yang kita buat. Contohnya, pada suatu hari, Pojan telah menulis satu post tentang En. Zizi dan untuk melakukan perkara itu, Pojan mendapatkan information berkaitan, dan sesiapa yang bagi info kat Pojan, orang tu perlulah Pojan beri kredit!

Antara cara yang mudah dan berkesan untuk beri kredit adalah dengan meletak link web/email orang terbabit. Mudah kan? Kalo la korang rujuk blog orang untuk tulis post, tak kan la x bagi kredit langsung. Penat dia menulis. Lagipon korang tulis tu pun dapat ilham dari blog dia, kan?

Selain merujuk orang laen untuk menulis artikel sendiri, merujuk orang laen untuk mencantikkan dan mengemaskan blog, web, atau pape je, orang yang dirujuk tu perlu diberi kredit! Wajib! Ye la, orang tu pun nak jugak dihargai apabila masterpiece hasil kerja dia digunakan orang lain.

Tamat la sudah artikel untuk kalo ni. So bagi person-person yang suka merujuk orang laen untuk buat sesuatu, bagi lah kredit kat orang tu kalau mampu. Tambah-tambah bab penulisan dan penambah baikan blog, lagi la senang nak bagi kredit tu....

Nak bisik: Pojan rasa gaya penulisan artikel Pojan masih belum memuaskan dan masih ada ruang untuk membaiki. Harap kepada sesiapa yang ada idea dan cadangan bernas dalam membantu Pojan untuk menulis dengan lebih baik, sila bagitau Pojan dengan segera! Yeah, segera! Anda pasti akan mendapat kredit untuk idea anda.

Nak bisik: Cuba usya-usya labels untuk post-post yang  korang baca, kadang-kadang ada label yang menarik, tak rugi luang masa tengok kejap^

ShareThis