Gravatar

8:23 PM / by Pojan

Gravatar? Apa tu? Cite Avatar yang latest ke? Ke sequel dari movie Avatar? Ok, cukup dengan tekaan yang entah ape-ape tu. Kalo best takpe gak. Gravatar adalah singkatan untuk Globally Recognized Avatar. Seperti namanya, Gravatar adalah avatar yang dikenali seantero dunia. Ok, mungkin setakat tahu nama masih belum cukup.





Namanya sendiri telah menjelaskan kenapa kita perlu guna Gravatar. Web-web dan blog-blog sekarang dalam usaha untuk meng'implement' sistem Gravatar dalam page diorang. Gravatar sedang membesar! Dengan adanya Gravatar, pertama, korang tak perlu bazir masa dan tenaga untuk buat banyak akaun untuk web dan blog yang berbeza, satu akaun Gravatar sudah cukup.Kedua, dengan menggunakan Gravatar, korang dapat mengukuhkan identiti anda bukan saja di web dan blog tertentu, tapi seluruh internet!

Korang mahukan indentiti yang kukuh, tidak kira realiti atau pun di internet. Melainkan korang ni spy negara. Setiap kali korang lawat web or blog baru, korang kena ada akaun untuk komen. Pastu korang guna gambar profile yang sama dengan akaun-akaun lain. Waste of time kan macam ni? Kalo guna Gravatar, setiap kalo masuk web or blog yang ada sistem ni, korang hanya perlu komen, dan gambar yang digunakan adalah gambar Gravatar korang. Hah! Kan senang dunia macam ni?

Nak ada jugak Gravatar? Nah!

ShareThis