About Me

11:03 AM / by Pojan



Sedikit tentang aku: Aku dilahirkan pada 31 Ogos 1991. Yeah, masa tu ramai yang berkumpul kat dataran merdeka ngan depan tv. Tapi bukan untuk nurse-nurse dan doktor-doktor. Mungkin sebab nak sambut aku? Siapa tau? Bila aku disambut ja oleh nurse kat Hospital Besar Ipoh, mak aku dah pon terfikir nama untuk anak ke-3 ni, Muhamad Fauzan bin Abd Latif. Alhamdulillah, aku dah ada nama sendiri.


Tumbesaran: Bila dah dilahirkan, mak ayah aku membawa aku bawak aku balik rumah kat kat ipoh jugak. Aku pon tak tahu macam mana rupa rumah tu sebab masa tu aku baru umur tak sampai seminggu. Tapi nanti aku nak pegi melawat ah rumah tu.  Bila aku dah berumur 2,3 tahun,  kitorang satu family, termasuklah mak ayah, mak cik serta dua kakak aku berpindah ke Taman Delima, Alor Setar. Rumah ni aku tau jugak sebab setahun sekali kompem se'family' melawat rumah ni. Aik, sebab apa setahun sekali? Sebab tempat yang latest skali aku menetap adalah di Taman Sri Berlian, Langkawi. Bila aku imbas memori aku yang paling lama, aku hanya ingat Langkawi, rasanya family aku pindah Langkawi masa aku umur 3,4 tahun. Mak cik aku pon ikut jugak. Tapi menetap kat Langkawi ni hanya sampai mak ayah aku pencen, then kitorang pindah lagi sekali ke Alor Setar, sebab rumah kat Alor Setar tu rumah yang dibeli dengan tanah-tanah tu sekali.


Akademik : Aku belajar kat tadika KEMAS di perumahan kastam, Langkawi. Tapi masa tu aku tak fikir nak belajar lagi pon. Sampai la satu hari ni, aku melukis gambar matahari dan secara kebetulan badan aku panas dan hidung aku berdarah. Time tu aku fikir, "Tempat ni ada curse, aku lukis matahari ja hidung aku berdarah, tak mau belajar sini!" dan aku pon tak belajar situ dah. Tadika kedua lebih menarik, terletak dalam taman perumahan aku, senang nak pergi sket. Kali ni aku belajar sampai aku layak nak masuk sekolah rendah. Sekolah rendah pulak aku di SK Seri Negeri. Macam-macam aku belajar kat sini. Banyak sangat untuk disenarai, tapi yang pasti aku memang sayang member sekolah ni. Bila dah lepas UPSR, aku ditawarkan untuk sambung belajar kat SBP, Sains Pokok Sena. Mula-mula kat situ, memang aku sedih sangat, sebab aku kena tinggal jauh dari rumah, aku rasa nak mengangis ja. Tapi, sekarang? Aku dah abes belajar pon kat Saina dan aku memang sayang jugak kat semua orang Saina. Alhamdulillah, aku dapat result yang baek untuk  SPM. Tapi masuk ja Jan09, aku dah kena belajar kat UTP, awal sungguh. Mula-mula aku rasa malas sebab masuk awal sangat, tapi, aku masih di UTP sampai sekarang.


Sosial: Aku dari kecik sampai sekarang memang seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi 'sekarang' tu tak termasuk masa aku kat UTP. Dulu aku jarang sangat bercakap, tambah-tambah kalo orang tu orang yang baru dalam hidup aku, tak kan aku tegur dia. Entah, aku memang macam tu. Walaupon aku ni pendiam, tapi pendiam aku tu kalo dengan orang yang aku masih baru, yang aku tak kenal. Kalo dengan orang yang aku cepat mesra, cepat baek, sekejap saja diorang boleh tengok perangai aku yang kebudak-budakan. Kadang-kadang budak-budak akan rasa diorang lagi tua dari aku. Kalo datang mood aku, aku suka mengusik perempuan, biasalah, lelaki. Kalo ada orang tegur aku, aku layan ja. Kalo yang dah ada boyfriend, nahas la aku. Aku ngan family pon aku tak cakap sebanyak aku cakap masa dengan member-member. Entah.


Sukan dan permainan: Aku memang suka sangat main outdoor. Sebab tu la aku yang asal putih macam Chinese, dah jadi macam Melayu dan memang patutlah, sebab aku memang Melayu pon. Aku suka maen suma outdoor, sebab aku suka keluarkan peluh time petang-petang. Sihatkan badan bila berpeluh. Kalo time maen, aku suka maen dengan bersemangat, macam maen futsal. Kalo aku berjaya achieve sumthing untuk satu petang tu, aku suka jadikan achievement petang tu sebagai dorongan untuk aku achieve sumthing bila aku buat aku buat benda laen. Sukanyang melibatkan larian dan kaki agak seronok. Sukan yang melibatkan tangan pon seronok jugak, tapi tidak seseronok sukan yang perlu banyak gerakan. Permainan yang aku minat adalah permainan yang menggunakan iq dan boleh siap dalam jangka masa pendek, sebab aku malas pikir lama-lama, membazir masa.


Hobi dan cita-cita: Sejak kecik, aku selalu tengok cerita 'Roda-roda' Kuala Lumpur' and 'Gerak Khas'. Sebab selalu sengat tengok, aku terasa nak jadi Polis bila besar nanti. Pastu, ayah aku pasang Astro pulak, makin variasi cerita yang aku tonton dan yang aku selalu tengok pulak adalah berkaitan dengan tentera. Aku ubah, aku nak jadi askar pulak, kalo boleh special force! Angan-angan budak kecik time tu. Tapi bila dah besar, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, aku makin sedar akan apa yang aku nak jadi bila dah abes study nanti. Masa form 4, aku dah mula nampak akan haluan hidup aku. Aku nak jadi sumthing yang bukan doktor! Entah, walopon aku amik sains tulen, tak bermakna aku tak leh amik bukan doktor. Aku masuk UTP sebab aku rasa aku nak jadi engineer. Hobi aku kalo masa petang, kuar main, itu waktu petang la. Kalo masa free, ikut keadaan jugak. Ada masa aku tido, makan, tgk tv, surf tenet. Ada masa aku study. Kalo time aku x free, aku buat apa yang aku boleh, sudoku, Lumines Block, rubik cube, semuanya depend kat mood aku.


Makan minum: Nasi ayam mak cik aku. Dia kan tinggal dengan family aku, dia slalu tolong memasak dan aku suka nasi ayam dia. Lagipon sos kicap aku yang buat, memang lah sedap. Aku suka minum Milo...ais. Tambah-tambah yang pekat dan manis, sangat lah aku suka. Kalo supper kat rumah, aku suka makan roti cicah air susu yang pekat dan manis. Sedap! Tapi aku x buat tiap-tiap malam ah, aku tak mau mati muda. Kalo kat luar, aku suka nasi goreng biasa telur mata. Modal yang best tu kat telur mata, yang kuning telur tu cair, lagi syok. Kalo kat UTP, aku bedal je semua yang panas dan mengenyangkan. bukan ada pilihan sebanyak yang kat luar tu, so makan je la. Aku suka benda-benda manis dan senang untuk dimakan. Kat UTP, aku akan minum sekurang-kurangnya satu kotak air susu dutch lady, sebab aku nak maintainkan badan aku ni, bagi fit la katakan. Badan fit baru best maen outdoor. Aku harap kedai-kedai kat luar tu leh belajar memasak dengan mak cik aku, so nanti makanan kat kedai tu laku. Semoga berjaya.





ShareThis