Yeay! or Alamak! ??

1:12 PM / by Pojan

Mood: Macam nak study
Doing: Icis...
Thinking: "Tak sabar nak kuar tengok wayang!"
Eating: Makanan
Drinking: Air

Salam sejahtera..dan salam final. Baru lepas tido. Mengantuk lagi rasa, tapi kalo dilayan sangat perasaan tu, memang nak tido je time-time free study ni. Tapi Pojan telah mengambil langkah drastik, bukan chopstik ye? Pojan bangun lantas facebooking dan twittering! Tapi bukan nak membazir masa, cuma  bajet nak melancarkan perjalanan darah kat otak ni.

Okeh, kali ni Pojan nak berceloteh pasal tajuk artikel ni, 'Yeay! or Alamak! ??' Kenapa tajuknya begitu? Biar la, Pojan bangun dari tido tiba-tiba datang perkataan tu, so Pojan jadikan tajuk artikel kali ni. Kenapa? Tak boleh?

Dah dah. Melalut lagi~ haih. Al kisahnya macam ni. Bila Pojan bangun dari tido, Pojan terus facebooking. Time tu takde wall post ke, message ke, pape ke. Then Pojan ushar ah friends suggestion dan apa yang Pojan lihat adalah kejaiban!




Yeah! Inilah keajaiban yang Pojan lihat! Mungkin yang bukan Saina tak rasa pape, tapi kalo yang Saina....korang rase la sendiri ;p Inilah tice bio merangkap tice Form Pojan. Memang sempoi dia ni. Cuma, Pojan tak sangka lak dia dah ada facebook. Tapi apa kaitan tice Pojan dengan tajuk artikel?

Untuk pengetahuan korang, Pojan ni asal budak yang baik, peramah, pemalum, pendiam, penyayang....tak kot? Tambahan, facebook ni akan menghantar notis kepada hampir semua rakan korang tentang hampir semua yang korang lakukan dalam facebook. So, it is 'Yeay! or Alamak! ??'


+kredit kepada Facebook sebab menemukan Pojan dengan tice Azizah

ShareThis