Oh tidak! Kereta yang selalu ku usya!

2:24 PM / by Pojan

Mood : Kekenyangan yang agak-agak melampau
Doing : Copy photoshop n coral dari Don
Thinking : "Nak study ke x ah?"
Eating : Nasi, ayam goreng, sayur campur USM
Drinking : Ribena Amad

Ada satu kereta ni Pojan slalu usya bila on the way nak gi kuliah or on the way balik kuliah. Sebab apa Pojan slalu usya? Sebab keta ni keta yang kecik, sesuai untuk penggunaan Pojan yang suka drive sesorang ataupon dengan hanya dua/tiga orang dalam keta. Keta ni jugak nampak sporty dan bercatkan warna yang pojan idamkan kalo ada keta sendiri, putih. Bunyi exhaust juga suda cukup untuk membuatkan orang yang berjiwa seperti Pojan terasa nak test drive ja keta tu!! Fuh!! Tapi, bila Pojan balik dari cuti Raya baru ni, Pojan berasa sedih ngan apa yang Pojan lihat.



Bontot keta ni dah x mengancam dan x se'turgid' seperti asalnya. Tidaaak!! Mengapekah perlu diuji sedemikian? Haih, kalo Pojan yang jadi tuan keta ni memang kompem Pojan x makan, x minum, x mandi 7 hari 7 malam. Sabar la ye tuan keta? Ada hikmah di sebalik kejadian.

Nak bisik: Teringin nak drive keta ni!! Wah!!!

Kredit kepada: Tuan keta (sape ntah), Saser dan Don yang tolong watkan air Ribena, Amad yang bagi Ribena

Bila kucing mengantok di hari yang panas....

11:19 PM / by Pojan

Mood : Nak study^^
Doing : Selak-selak (selak je la) lecture notes
Thinking : "bile nak study ni??"
Eating : Ayam masak kicap, telur dadar, sayur campur Deli Planet
Drinking : Sunquick jus (Aini buatkan)

Penahkah anda melihat apa yang kucing buat kalau dia mengantuk di hari yang panas? Kepada yang x penah tau kucing tu buat apa, jangan risau kerana kucing tu sebenarnya x buat apa-apa pon kalo dah mengantuk. Kucing dalam golongan mengantuk hanya akan mencari tempat yang redup dan teduh untuk tidur. X percaya??  Cube tgk ni


Aku pulang awal? Bukan sebab test la!!

5:58 PM / by Pojan

Mood : Sengal-sengal tetapi gembira
Doing : Membaca semua blog yang pojan jumpa
Thinking : "Macam mane la aku nak score Test Kimia kali ni?"
Eating : Pizza Hut
Drinking : Air alkali segar from 'Daily Fresh Station'



Sebelum apa-apa, Pojan ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir dan Batin' kepada semua yang Pojan belum ucapkan mahupun yang Pojan dah ucapkan. Ye la, kadang-kadang tu bz yang amat membuatkan Pojan tidak sempat ucap kat semua member dan sedara. So, macam mana dengan cuti hari raya korang? Musti gile best kan? Harap-harap begitu la ye? Pojan punya cuti pon best sangat, pergi beraya tiap-tiap ari selama 5 ari, then 2 ari lagi memerap je dalam umah tok, main PS2 ngan adik. Fuh, naseb la adik pojan meminta PS2 sebagai hadiah 5A UPSR. Aik, bila masa dia tau result dia? Yakin sungguh!! Walau apa pon, semoga adek Pojan, Farhan, mendapat keputusan 5A untuk UPSR, insyaAllah.....then pada raya ke-7, Pojan terpaksa mengikut kakak pojan pulang ke Perak, sekaligus Pojan pon pulang ke UTP. Namun apabila Pojan menguar-uarkan yang Pojan dah balik UTP, ramai yang kebingungan, "Aik? Da balik? Wat pa balik awal-awal? Study??". Terima kasih kepada kalian-kalian yang memandang tinggi Pojan, tapi Pojan balik awal bukan nak study la!! Terpaksa!

So tamat la suda cerita pojan. Sekarang kite bercerite pula tentang selepas cuti raye. Cuba kite jenguk-jenguk common things yang selalu terjadi lepas raya:

1. Ramai yang menjadi semakin berat. Tak jadi masalah kat lelaki, tapi menjadi mimpi ngeri kepada kaum Hawa. "Alamaaaaak, berat I bertambah la~~ Nak wat macam mana ni???"
2. Kepada yang dapat baaanyak duit raya, diorang ni akan baaaanyak berfikir, "Aku nak beli apa ek? PSP? PS2? Laptop? Jeans? Speaker? Jam tangan?" dan macam-macam lagi sehingga ada yang dimasukkan ke dalam wad Tanjung Rambutan. Aih, kesian~ kesian~
3. Kepada pasangan suami isteri pulak, diorang akan mula bermain 'o~~~som!' (Ala yang main 'kain, batu gunting' tu) untuk menentukan kampung siapakah yang akan mereka pulang pada raya tahun seterusnya.

Dan macam-macam lagi benda yang boleh dinukilkan, namun cukup la dulu ngan tiga benda di atas ni ;p

Nak bisik : Dah lama x post, nak kata bz, xda la bz sampai satu post pon x bleh nak tulis. Sebabnya pojan xda mood nak tulis. Haih, susah jugak bila xda mood nak post~~

Kredit kepada : tormented-feet from DeviantART, suma yang tanya kenapa pojan balik awal

Panas! Panas!

10:33 PM / by Pojan


X penah orang panggang ayam sampai api besar cmni. Haih

Bila Test Kimia, Fizik, Calculus dan ICIS dah abes

8:58 PM / by Pojan

[:-) wearing a walkman

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pojan telah tiba!! Test yang susah2 dah abes, tinggal yang pojan tak tensi sangat, Test BI. Asalnye Rabu lepas test, atas beberapa masalah yang x dapat diuraikan kat sini, test itu telahpon ditunda. Alhamdullillah, suma test berlalu dengan ok la, nak kata senang x jgk, nak kata susah, dah jawab suma dah pon. Pape pon, bila satu benda dah abes, kita cuma amik pengajaran dari yang lama dan perbaiki diri untuk masa depan, dan itulah yang terbaik. 
Sooooo, bila dah abes test, apa yang perlu dibuat??
1. Bukak posa kat Farouq
2. Nonton kamen rider (suma yang boleh didonlod)
3. Mengarot ngan bebudak meche
4. Cari semangat nak tulis banyak2 kat blog
5. Maen mario forever
6. Study
Errr, yang nombor 6 tu pojan x sure la menulis masa ngah sedar ke separuh sedar^^ Namun terasa jugak nak  study tu bila lepas test (baru nak sedar diri) That's for now, nanti pk plak nak tulis ape. Ja ne

ShareThis