WICKED! Sukan Bola Sepak mengalami evolusi?

12:34 PM / by Pojan

Post kali ni tak ada beza dengan post laen yang bercerita tentang keputusan perlawanan bola antara Indonesia dan Malaysia. Yeah, tak ada beza. Tapi disebabkan post tu bukan hanya berkaitan dengan result sahaja, telah menggesa aku untuk tulis jugak pasal ni. I mean, it's so hot that even Gizmodo write about this! True story.

Semuanya bermula semasa perlawanan antara Indonesia dan Malaysia di mana Harimau Malaya tumbang dengan keputusan 5 berbalas 1. Percaya atau tidak, kekalahan Malaysia pada masa itu disebabkan oleh tron? Ok aku pon tak percaya mula-mula tapi bila dah tengok video ni sirius aku percaya!



+ nak cepat tgk kat minit 4:05 video


Da percaya kan?? Haha, apa yang korang tengok kat muka goalkeeper Malaysia tu sebenarnya cahaya laser dari penyokong Indonesia! Wicked! Patot la Malaysia kalah teruk time tu, someone's playing Tron at that time. Pffft.

Tapi sapa yang pasti penyokong Malaysia tak buat macam tu pada perlawanan semalam kan? Tapi aku tak mau kata apa-apa selagi tak ada bukti, tak seperti dalam video ni. Sudah terang lagi bersuluh! Siap kantoi dalam video lagi. FTW bagi sapa yang telah mengantoi kan aksi tron ni

Pada pandangan aku, nilai sukan Bola Sepak sedikit sebanyak terjejas disebabkan aksi Tron nih. Sepatutnya sukan ni memberi peluang untuk kita bersaing secara sihat di samping menguatkan hubungan silaturahim. Tapi dengan adanya aksi Tron seperti ni, siapa tahu apa lagi evolusi yang akan berlaku dalam sukan, khususnya bola sepak?

pstt : harap-harap kejadian macam dalam video ni tak berulang pada masa akan datang. Buat malu negara ja beb!
.

ShareThis