Review: Kedai Gunting Rambut Krishnan

1:45 PM / by Pojan

Mood : Happy di samping tertekan

Doing : Tak puas hati potongan rambut -_-
Thinking : "Sempat lagi study"
Eating : Nasi putih, ayam goreng
Drinking : Limau ais

Pagi kemarin Pojan kena bangun awal sebab ada Lab Kimia. Tapi Lab Kimia tu laen dari yang laen, sebab eksperimen kemarin cuma siap dalam sejam berbanding eksperimen-eksperimen yang lain yang amik masa dua jam and that's Heaven!! Then ada Media Lab for another 2 hours, pelik bagi Media Lab yang sebelum-sebelum ni hanya sejam. Now that's another weird thing. Kelas last pulak kelas BI and instead of duduk kat port biasa, Pojan duduk kat deeeeepan skali, I don't know how to say this!!


So, back to the topic, Pojan sebenarnya nak tulis pasal kedai gunting rambut yang Pojan pegi lepas semua kelas kemarin. Ringkasnya, ini adalah review daripada Pojan based on first time pegi situ, kalo x btol apa yang Pojan tulis, dengan cara yang baek la ek?


Tepat jam 3.30 petang, Pojan memulakan perjalanan ke arah Taman Maju menaiki LC Pojan. Selepas lebih kurang 10 minit, Pojan pon sampai kat traffic light Taman Maju. Turn left and stroll through building nearest the main road. Then, korang akan jumpa sebuah kedai, 'Kedai Gunting Rambut Krishnan'. Kedai ni xda fancy sangat, bukannya Saloon, duh! Pojan pon park moto berdekatan ngan kedai tu, x dapat nak park depan kedai sebab masa tu penjaja gerai pasar malam dah mula bukak kedai.It's ok. Bila Pojan masuk ja kedai ada sorang India jemput Pojan duduk, memang la kan, dia keja kedai tu.Haih. Bila dah duduk tu, macam kat kedai gunting rambut laen, dia letak kain keliling tengkuk, very essential kalo nak gunting rambut customer. Kenapa? Bila gunting rambut, kalo adanya kain ni, xda la rambut-rambut yang ditrim atau digunting tu melekat kat baju, so, penting la kan? Then dia pon tanya, "mao gunting macam mana?" soalan common kalo pegi kedai gunting rambut biasa. So korang sendiri tentukan macam mana dia akan gunting rambut kamu. Come on, ni bukan saloon, bagi-bagi pilihan rambut macam mana.Aiyoo, nak buat lawak bukan kat blog ni, boleh? Sekarang, skip pasal gunting rambut, sebab cara gunting rambut dia Pojan rasa xda papa yang luar biasa. Apa yang berlaku lepas gunting rambut adalah pekerja tu akan mengambil minyak warna merah sket sapu kat  tangan dia and dia akan mengurut kepala customer. Perghh, ringan sket kepala. Dah abes Pojan pon tanya dia berapa ringgit. Dia balas, "macam biasa". Erk? Pojan x pnah pon g gunting kat situ, ape ke hal? Xpa, Pojan pon bayar la 6 ringgit. Then Pojan teros pulang ke UTP.







Pros: Guntingan professional, amek masa x lama, lebihan-lebihan rambut hampir 0% yang tinggal, dapat urutan kepala, harga berpatutan


Cons: Kalo nak rambut yang elok, kena terangkan detail kepada si tukang gunting, kalo x....


Nak bisik : Ada tips sebelum nak g gunting rambut. Seelok-eloknya shampoo rambut, dan pastikan rambut tu lembab-lembab, ini akan menyenangkan kerja si tukang gunting. Paling penting, jangan pakai minyak rambut atau apa-apa yang akan menyebabkan rambut anda keras atau terlalu licin untuk digunting.


Nak bisik lagi : Pojan x puas hati ngan rambut yang Pojan dapat!! Urgh!!

ShareThis