Sumthing that i just want to write

5:57 PM / by Pojan

:---) pinochio

Pojan sedang menonton kotak tv di mana pojan tertonton satu iklan yang pojan ase cam nak bagi komen je kat die^^ iklan ni basically bout rokok. Tao rokok? Kepade yang tidak kenal akan rokok, jelaslah anda punyai IQ setinggi lipas, yakni yang hanya tao berlari ke arah kegelapan kerana tidak dapat berhadapan dengan cahaya. Tahniah!!

Iklan ni mengisahkan tentang seorang nurse india yang pada hari itu (dalam iklan itu) dia telah memberi penjagaan kepada tiga orang pesakit.

Pesakit pertama:
Rakaman menunjukkan pesakit pertama dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan, dan seorang wanita yang cun x cun, tua x tua, menghampiri lelaki melayu ini. Lelaki ini cuba bangun dan berkata sesuatu pada wanita tadi, namun cubaannya gagal apabila dia hanya terbatuk-batuk. Wanita itu cuba menenangkan lelaki itu. Kemudian lelaki itu teruskan usahanya dalam menyampaikan msg kepada wanita tadi.
"Abang mintak maaf" wanita itu sebak melihat lelaki itu. Rakaman menunjukkan lelaki itu memandang perot wanita itu
"Ayah mintak maaf" dan seorang jururawat (bukan jerawat) tampil dalam rakaman, melemparkan senyuman yang ikhlas x ikhlas kepada wanita itu, seolah-olah memberi semangat kepadanya.

Pesakit kedua:
Seorang anak kecil berbangsa Cina, memegang tangan ayahnya, berjalan-jalan di dalam wad, hinggalah di saat ke berapa ntah, tiba2 ada seorang wanita Cina, bibirnya dipenuhi dengan ketumbuhan, memanggil-manggil seseorang
"Errrrrgghhh! Errrghhh!" (pojan x sure bunyi tu macam mane^) aaaaand, budak Cina itu lantas memalingkan muka nya ke belakang (wkatu tu dia menghadap pmpoan cina tu) pastu, wanita tu pon memanggil-manggil lagi
"Errrrrgghhh! Errrghhh!" (btol2 pojan x tau bunyi tu macam mana, tolonglah!) then, ayah budak cina tu pon kata mak dia panggil. N dia pon tengok pompoan tu, slooooowly, n mak dia bagi satu kad tertulis 'I love U' (pojan x sure jgk tulis apa ;p) di saat itu, budak itu tidak berkata-apa, merenung kad itu. Skali lagi, tampil nurse india tadi, melihat peristiwa terbabit.

Pesakit ketiga:
Kelihatan seorang singh lelaki bangun dari baringnya, melihat isteri tersayang di sisi. Perlahan, si lelaki menarik selimut yang membaluti dirinya. Namun apabila dia sedar, kaki kanannya bukan lagi miliknya, dia terpaku, lalu baring semula.....
"Enna poringge (Kaki sudah tiada)"
" Pone, moringe manene kalingge (ya, tapi abang masih bersama kami)"
"blablablablabla.....(bla)"
sebenarnya pojan x ingat~ tapi, sekali lagi tampil nurse India tadi, menyaksikan keadaan yang sedih ini skali lagi.

Rakaman menunjukkan seorang budak lelaki india sedang duduk di bangku luar hospital. Tidak semena-mena terjatuhkan sekotak rokok. Tatkala tangannya cuba mengambil kembali kotak rokok itu, tampil nurse yang tadi tu (xda nurse laen je?) dari koridor gelap dari belakang budak lelaki itu. Nurse , menunjukkan muka sengal+kecewa berjalan ke arah budak itu. Budak lelaki itu menghulurkan helmet motosikal, namun hanya dipandang dingin oleh nurse.
"Please don't disappoint me" kata nurse kepada anak itu. Lalu menghayunkan kakinya dari koordinat terbabit

Rakaman menunjukkan tangan budak lelaki India itu, mengeluarkan kotak rokok dari poketnya, lalu menggenggam sampai renyuk, dan dilepaskan ke dalam tong sampah. Dia faham apa yang maknya maksudkan.

Rokok penyebab Kanser Paru-paru, Kanser Mulut dan Gangren

ShareThis