Dikenang

10:40 AM / by Pojan


semasa berjalan pulang, pojan terlihat lagi sesuatu yang menarik minat. Kali ini bukan lah topeng H1N1, tetapi satu objek yang pojan pasti, ramai yang tahu dan pernah menggunakannya.

objek terbabit adalah telefon awam, bila pada zaman dulu, pojan sering bertandang di hujung minggu, menelefon keluarga tersayang. Pada zaman yang dulu itu jugalah, perempoan2 dan lelaki2 beratur menuggu giliran untuk menelefon insan yang mereka tidak mahu kantoi dengan family mereka. Ikatan terjalin semasa menuggu giliran itu, ada yang bersembang memperkenalkan diri masing2, ada yang melompat2 kegirangan, dan ada juga yang hanya diam menunggu giliran.

Tatkala kecemasan berlaku, mereka berkejaran ke telefon lama, menekan nombor 999. Namun, banyak kali lagi telefon ini digunakan utk mengenakan operator 999. Dalam komuniti itu, ada juga yang menghargai jasa telefon lama, tidak seperti sekarang. Lebih ramai yang merosakkan telefon lama sebelom telefon itu rosak sendiri!! Apa ke jadah nye gitu? Walaupon namanya telefon lama, namun masih ramai yang tidak mensia-siakan kewujudan objek ini, termasuk jugak komuniti UTP!!

ShareThis