Pemergian H1N1??

6:00 PM / by Pojan

%| confused



Pagi ni, pojan berjalan ke arah USM dari lecture hall bersama-sama bebudak ME, dan semasa dalam perjalanan itu, pojan tertarik dengan satu objek berwarna putih. Lalu pojan pon snap gambar objek itu mengikut gerak hati pojan.

Dalam hati, pojan tertanya, kenapa sedemikian rupa objek ini dilayan? Adakah kerana mereka merasakan mereka sudah kebal dari wabak H1N1? Ataupon merasa fikir Malaysia sudah punya vaksin untuk melawan wabak ini? Jika itupon yang mereka fikir, objek ini tidak wajar dilakukan sebegini rupa!! Sedang mereka taat setia bersamanya tatkala ramai yang diisytiharkan disyaki menghidap H1N1, mereka lupa tros padanya pabila pulang dari cuti H1N1, merasakan semua yang di bumi UTP bebas H1N1, namun hakikatnya tiada siapa yang benar tahu.

ShareThis