Pemanasan Global ( part 1 )

10:51 PM / by Pojan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Pojan nak tanya satu benda. Korang tau tak berapa darjah celcius suhu bilik? 100 °C? 128°C? 1200°C? Kalo korang kata 25°C, sila beri tepukan gemuruh kepada diri sendiri kerana jawapan anda tepat sekali!

Tapi kalo setakat tau suhu bilik 25°C apa barang. Korang kena alami sendiri 25 °C tu macam mana panasnya. Untuk pengetahuan korang, suhu di klinik dan hospital usually ditetapkan pada suhu bilik. Selesa kan? Tapi cuba pikirkan, adakah fakta suhu bilik 25 °C masih boleh diguna pakai? It's dem hot now!

Pemanasan global adalah peningkatan suhu dalam atmosfera seluruh dunia disebabkan beberapa faktor. Ini sebenarnya berlaku disebabkan ketidakseimbangan oksigen dan karbon dioksida dalam udara. Pembalakan haram yang tak terkawal, peningkatan kenderaan bermotor kat jalan raya, rempit-rempit, pembakaran terbuka, dan baaaanyak lagi leh mengganggu keseimbangan ni.

Namun research terbaru (agak baru la) menunjukkan lembu menjadi salah satu penyebab kepada pemanasan global. Kenapa lembu!?? Lembu melepaskan metana yang 23 kali ganda lebih berbahaya dari CO2. Maknanya 100kg metana mempunyai efek sama dengan 2300kg CO2!! Yang lebih best, penternakan lembu dan adik-beradiknya semakin berkembang. Apa pandangan korang?




Ada juga research mengaitkan orang gemuk dengan pemanasan global. Bila diorang gemok, diorang makan banyak, so kilang kena kerja lebih dan ini menghasilkan banyak CO2. Orang gemok jugak lebih kerap naek kereta  berbanding orang laen. More cars, more CO2.Dem! Pandai sungguh wat research sampai keluar macam-macam conclusion~




Walau apapun, terdapat banyak lagi punca-punca pemanasan global. Namun kita sebagai manusia yang nak hidup selesa kat Bumi ni perlu la mengambil tindakan yang sewajarnya. Panda-pandai la kan?

Nak bisik: Masih takde mood sangat nak menulis blog. Maap kalo membosankan. Lagipon Pojan memang masih di tahap amatur (entah betol tak ejaan ni)

Bisik lagi:  Pojan da dapat keja part time, keja kat kedai coklat. Makin susah la nak update blog lepas ni T.T

Dan lagi: Pojan tidak berniat nak mengata kat lembu atau orang gemuk. Pojan sekadar nak berkongsi informasi yang ada di internet ni. Bergantung kepada korang sendiri untuk menentukan artikel ni fakta atau auta. Chil !!

ShareThis