Kenapa la kau suka sangat coklat?

4:37 PM / by Pojan

Mood: Kebosanan yang amat!
Thinking: Bila la nak malam~ aku tak sabar nak gi dinner ni!
Doing: Tepon syarikat kata nak lawat and then kena reject -_-'

Wah! Dah lama asanya Pojan tak update blog. Almalumlah, sibuk bekerja part time and buat kerja-kerja UTP, memang tak sempat langsung nak update blog ni. Kalo update pon, terasa bosan gila artikel yang ditulis tu! Haih! Bila dah abes keja ni, Pojan jenguk2 blog membe-membe, jeles gila sebab diorang dapat update selalu, artikel pon cool jep!

Kali ni nak cerita salah satu kisah yang sering terjadi di kat kedai coklat (Haji Ismail Group) iaitu kesalahan yang dilakukan semasa mencari coklat. Pojan tulis artikel ni agar menjadi pengajaran kepada yang laen supaya tak melakukan kesalahan yang bangang tak sempoi ni.

Memang ramai sangat suka beli coklat dan belikan coklat untuk sedara. Sangat suka sampai sebut pon dah x betol. Toblerone jadi Tolebrone, Daim jadi Idam, Kinder Bueno jadi Kinder Buena, Ferrero jadi Ferroro. Memang tak sempoi abes! Tapi at least benda yang disebut tu memudahkan Pojan nak tolong carikan coklat kat dia. Tapi 'IDAM'? -_-'


tolebrone?

idam, klaka la mak cik oi

Satu lagi kesalahan yang tak penah lekang masa nak cari coklat adalah salah describe tentang coklat yang nak dicari tu. Suka sangat describe coklat yang Pojan (dan mungkin sapa-sapa kat Malaysia pon) tak penah tau. "Mak cik cari coklat Cadbury yang dalam tapau, saiz dia besar-besar dua jari ja" Hah, korang tau ka coklat apa? Director board HIG pon pocah pala kalo ditanya. Hee

Tak cukup dengan describe yang entah apa-apa, ada jugak customer yang tanya flavor coklat yang kompem pecah otak kalo pikir! "Adik, coklat yang tiramisu ada tak?" "Ada makcik. Nak yang mana? Beryl's? Danson? Jasper?" "Mak cik nak yang Cadbury, yang bar punye" "????!!!" Terasa cam bangang tak sempoi tak? Pojan dah kata, nak cari coklat, study coklat apa yang nak dibeli tu ^^

Nak bisik: Baru ja ada semangat nak update blog, dah nak kena pegi STE. Tapi membe kata best terok! Harap-harap best seperti yang di'facebook'kan. Nyaa

ShareThis