Haji Ismail Group

5:30 PM / by Pojan

Apabila bercuti selama 4 bulan, macam-macam plan yang difikirkan. Ada yang nak mencari duit lebih, ada yang nak pergi melancong dan tak kurang juga ada yang nak duduk rumah dan tak mahu ke mana mana pon. Semua tu sudah dibincangkan dalam post Cuti 4 bulan, Nak Buat Apa?

Untuk aku, aku bekerja part time untuk menghabiskan masa cuti di rumah. Tapi download movie dan melancong turut menjadi pilihan. Sekarang kerja untuk cari duit, malam lepas kerja download movie dan tv series. Akhir sekali, lepas berhenti kerja, melancong. So tak semestinya buat satu benda ja kan semasa cuti?


Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk memberitahu kepada anda yang hari ni hari off day aku. Heh, takkan la nak beritahu yang tu saja? Sebenarnya post kali ini adalah untuk menjelaskan sedikit sebanyak tentang Haji Ismail Group serta sebab musabab untuk kerja dan tidak kerja di sini


Bila kontena coklat smpai...
Cawangan :
Terdapat 5 cawangan HIG di Langkawi. Satu di jeti Langkawi, empat lagi di Pekan Kuah. Empat cawangan menjual pinggan mangkuk, kain batik dan coklat manakala hanya satu sahaja cawangan yang bertindak untuk menjual coklat semata-mata. Aku pula bekerja di cawangan kedai coklat sahaja.

Waktu Kerja : 
Waktu kerja di HIG adalah dari 9.00 pg hingga 6.00 ptg. Namun setiap cawangan HIG mewajibkan OT kepada setiap stafnya kecuali staf ofis dan stor. Pada musim bukan cuti sekolah, OT selalunya sehingga pukul 9.00 mlm. Namun pada musim cuti sekolah, waktu OT selalunya akan berlanjutak sehingga 11.00 mlm.

Jawatan :
Jawatan yang ada yang akan aku bincangkan hanyalah merangkumi kerja kerja di kedai, bukan di ofis HIG. Secara amnya, antara jawatan yang ada adalah promoter, cashier, supervisor serta store keeper. Kerja promoter adalah untuk promote coklat (sudah pasti) dan untuk punch harga dan menyusun coklat mengikut seksyen yang sudah ditetapkan. Cashier juga mempunya peranan yang sama seperti promoter, tetapi lebih banyak meluangkan masa di kaunter untuk melayan pelanggan yang ingin membuat bayaran. SV pula selalu menerima panggilan jika ada tempahan coklat yang akan smpai di kedai namun SV boleh memainkan peranan cashier dan promoter. Store keeper pula, sering meluangkan masa di stor untuk membuat catitan jenis dan jumlah coklat yang keluar masuk stor. Sebagai perkerja separuh masa, jawatan tertinggi yang boleh dicapai adalah promoter. Aku adalah salah seorang daripadanya..

Apa yang aku suka bekerja di HIG ni?
  • Waktu rehat fleksibel, waktu rehat yang diperuntukkan adalah satu jam. Selagi tak cukup satu jam, korang boleh je keluar rehat.
  • Gaji yang berbaloi (aku tak kata lumayan) Aku kata berbaloi sebab kerja banyak melibatkan fizikal. Paham-paham la kalau kat Malaysia ni, kerja fizikal kebanyakan gaji tak mahal.
  • Menyihatkan badan, terutamanya bila kontena coklat smpai sebab sekali kontena smpai, pasti ada sekurang-kurangnya 1000 kotak coklat yang perlu diangkat.Plus aku dapat develop muscle bicep dan tricep aku.
  • Insentif. Setiap kali kontena smpai, wajib dapat minum air free. Nasi ayam pon dapat jugak, tapi bergantung kepada jumlah kotak coklat yang smpai  di kedai.
  • Rakan kerja yang baik. Semua rakan kerja aku baik baik belaka. Perangai pon bagus bagus.
  • Lokasi kedai yang dekat dengan rumah. Naik moto, dalam 7 minit smpai lah ke kedai. Selalunya semasa waktu rehat, aku balik ja makan di rumah.
Yang aku tak suka?
  • Waktu kerja yang panjang, waktu kerja HIG taklah membebankan. Tapi apa yang membebankan adalah OT wajib yang menjadikan aku bosan. Pukul 9 pagi sehingga 9 malam? 12 jam tu
  • Cuti yang sedikit. Untuk kerja yang minimum 12 jam setiap hari, hanya satu hari sahaja cuti yang aku dapat.

Pesanan penulis ; kalau anda orang Langkawi dan mahukan kerja part time dan anda tak fasih berbahasa inggeris , HIG mungkin sesuai untuk anda. Kalau anda orang luar yang mahukan kerja separuh masa di Langkawi, aku cadangkan korang cari je kerja kat kawasan luar Langkawi sebab tak berbaloi masuk Langkawi untuk kerja part time.


ShareThis