Cuti semester 4 bulan, nak buat apa?

1:02 AM / by Pojan

Assalamualaikum semua.

Dah lama tak update blog ni. Malam ni terdetik hati nak tengok tengok blog selepas dapat satu komen dari seorang insan yang dulunya selalu berkongsi suka duka. Heh, indah nian masa tu. Tapi perkara yang lalu janganlah diratapi, tapi kenanglah dalam ingatan dan ambil pengajaran darinya.

Malam ni nak bercadang nak warm up dulu, memandangkan daku sedang cuti semester, sekaligus menjadikan aku jauh dari buku selama 4 bulan! Hell yeah, 4 bulan!

4 bulan?? OMG!!Bosannya lama sangat!!

Bertenang, bertenang. 4 bulan tu tak lah membosankan asalkan anda mengisinya dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Jadi, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh diguna pakai?

Download pron movie dan tv series
Hey, ada banyak movies baru dan lama yang menarik hati. Takkan tak ada satu pun yang kamu tertarik untuk download. Apatah lagi tv series kan? Ada belambak yang ditayangkan kat ASTRO cuma sempat tak sempat nak tgk ja. Apa? Tak tahu nak cari link kat mana? Heh, jangan dok buat noob sangat aih. Ushar sini

Kerja Part Time
Ini akan menjadi pilihan utama terutamanya jika korang ada benda idaman yang korang nak beli. Ada yang nak beli kasut Polo baru, jam Fossil baru, dompet Fossil baru dan macam macam lagi. Tak pun, korang perlukan duit untuk melancong. Ke Paris mungkin, ke Hong Kong tak pun ke Korea untuk berjumpa SNSD (mengarut da). Selain dari dapat duit, korang juga akan dapat pengalaman baru semasa bekerja. I would like to improve my soft skill through my part time job.

Melancong
 Selalunya menjadi pilihan untuk yang kaya-kaya. Mempunyai duit yang terlebih membuatkan mereka ingin menghabiskan duit dengan melancong ke tempat-tempat yang menarik hati. Unless korang nerd tahap dewa tamao tinggalkan komputer, jangan tipu la korang tak terfikir untuk pergi melancong. Tapi kalau korang tak kaya pon tak semestinya tak boleh pergi melancong. Apa gunanya Destinasi Bajet kan kalo tak untuk oeang kurang duit pergi melancong? Heh, jangan butthurt lak. Aku yang bukan golongan berada pon setiap kali cuti panjang melancong ke Langkawi. Korang ada bran?

Sangat hebat berblog dan mahukan pendapatan sampingan? Say it!

Slim Down
Pastinya menjadi pilihan gadis gadis yang merasakan diri mereka yang berat atau pon yang memang betul betul berat. Ramai gadis gadis di luar sana yang dan naik berat badan selepas final exam. You need a lot of food especially when you are studying a lot. Seem legit. Jadi melakukan workout, menjaga pemakanan, dan mengambil supplement adalah antara perkara yang dilakukan untuk slim down...though taking supplement rarely happened to girl student.

Tanam Anggur
Juga merupakan salah satu pilihan utama, walaupun kemungkinan untuk ini terjadi  rendah, terutamanya untuk cuti 4 bulan. Tanam anggur dijadikan lebih efektif dengan aktiviti aktiviti seperti makan, minum, dota, tidur. Heh

Walau apa pun yang menjadi pilihan, aku harap korang dapat menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan

p/s : Any job for me? I dont wanna spend my 4 months holiday Tanam Anggur?

ShareThis