Aku pulang awal? Bukan sebab test la!!

5:58 PM / by Pojan

Mood : Sengal-sengal tetapi gembira
Doing : Membaca semua blog yang pojan jumpa
Thinking : "Macam mane la aku nak score Test Kimia kali ni?"
Eating : Pizza Hut
Drinking : Air alkali segar from 'Daily Fresh Station'



Sebelum apa-apa, Pojan ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir dan Batin' kepada semua yang Pojan belum ucapkan mahupun yang Pojan dah ucapkan. Ye la, kadang-kadang tu bz yang amat membuatkan Pojan tidak sempat ucap kat semua member dan sedara. So, macam mana dengan cuti hari raya korang? Musti gile best kan? Harap-harap begitu la ye? Pojan punya cuti pon best sangat, pergi beraya tiap-tiap ari selama 5 ari, then 2 ari lagi memerap je dalam umah tok, main PS2 ngan adik. Fuh, naseb la adik pojan meminta PS2 sebagai hadiah 5A UPSR. Aik, bila masa dia tau result dia? Yakin sungguh!! Walau apa pon, semoga adek Pojan, Farhan, mendapat keputusan 5A untuk UPSR, insyaAllah.....then pada raya ke-7, Pojan terpaksa mengikut kakak pojan pulang ke Perak, sekaligus Pojan pon pulang ke UTP. Namun apabila Pojan menguar-uarkan yang Pojan dah balik UTP, ramai yang kebingungan, "Aik? Da balik? Wat pa balik awal-awal? Study??". Terima kasih kepada kalian-kalian yang memandang tinggi Pojan, tapi Pojan balik awal bukan nak study la!! Terpaksa!

So tamat la suda cerita pojan. Sekarang kite bercerite pula tentang selepas cuti raye. Cuba kite jenguk-jenguk common things yang selalu terjadi lepas raya:

1. Ramai yang menjadi semakin berat. Tak jadi masalah kat lelaki, tapi menjadi mimpi ngeri kepada kaum Hawa. "Alamaaaaak, berat I bertambah la~~ Nak wat macam mana ni???"
2. Kepada yang dapat baaanyak duit raya, diorang ni akan baaaanyak berfikir, "Aku nak beli apa ek? PSP? PS2? Laptop? Jeans? Speaker? Jam tangan?" dan macam-macam lagi sehingga ada yang dimasukkan ke dalam wad Tanjung Rambutan. Aih, kesian~ kesian~
3. Kepada pasangan suami isteri pulak, diorang akan mula bermain 'o~~~som!' (Ala yang main 'kain, batu gunting' tu) untuk menentukan kampung siapakah yang akan mereka pulang pada raya tahun seterusnya.

Dan macam-macam lagi benda yang boleh dinukilkan, namun cukup la dulu ngan tiga benda di atas ni ;p

Nak bisik : Dah lama x post, nak kata bz, xda la bz sampai satu post pon x bleh nak tulis. Sebabnya pojan xda mood nak tulis. Haih, susah jugak bila xda mood nak post~~

Kredit kepada : tormented-feet from DeviantART, suma yang tanya kenapa pojan balik awal

ShareThis