Kredit oh kredit!

1:32 AM / by Pojan

Mood: Fizik!
Doing: Baru lepas study Fizik
Thinking: "Nak tengok 2012"
Eating: Nasi Goreng Ayam
Drinking: Air dari langit yang telah dirawat dan ditapis


Assalamualaikum dan salam....sejahtera (takot ada yang marah lak bila tulis 'final'.haha) Bila dah penat study facebook malam ni, terasa nak nak blogging pulak. Haih! Macam mana la nak elak dari blog ni? Memang susah terutamanya bila korang dah wat macam-macam kat blog korang.

Tahniah diucapkan kepada Zizi kerana telah berjaya memulakan blognya yang pertama. Tahniah juga kepada Saser kerana beliau lah subjek dalam post pertama blog Zizi. Semoga lebih ramai yang memulakan blog dan menulis artikel pasa bloggers lain ;p

Hah! Dah nak melalut sekejap. Kali ni Pojan nak tulis pasal memberi kredit. Bukan share kredit atau sebutan manja masa sms, 'kedit'. Kredit yang dimaksudkan sama macam kredit di akhir movie-movie di mana nama-nama producer, pelakon, editor, pengarah, sponsor, disenaraikan. Dah dapat gambaran tentang kredit?

Survey

2:08 PM / by Pojan

Assalamualaikum dan salam final exam. Tak habis-habis dengan salam final exam ek? Bukan nak menganjing sapa-sapa yang tak study, cuma sebgai peringatan. Sekurang-kurangnya Pojan menjalankan tanggung jawab Pojan, memberi peringatan kepada yang laen untuk study, sesungguhnya itulah yang terbaik sekarang.

Kalo ingat lagi, Pojan ada tulis pasal Jalan-jalan Cari Makan!: Cafe USM kan? Buat pengetahuan semua, post tu ditulis berdasarkan pengalaman Pojan sendiri, mungkin yang Pojan tulis tu betol, mungkin tidak. SO, kali ni Pojan nak buat survey, biar korang sendiri yang tentukan sama ada Cafe USM tu pada pandangan korang best ke tak. Klik sini


Duit terlebih tulisan

4:11 AM / by Pojan

Mood: Kenyang la pulak~
Doing: Leverage second season
Thinking: "Nak tengok satu episod Leverage sebelom tido"
Eating: Roti Canai
Drinking: Teh Tarik


Salam dan selamat pagi^ Pojan baru balik dari 'mamak'ing lepas maen futsal, dan lepas jatuh longkang dan macam-macam lagi. Dugaan Tuhan, apa nak jadi pon boleh. Pojan hanya mampu memanjatkan syukur sebab masih lagi hidup sihat wal'afiat, cuma kaki ja calar sikit sebab masuk longkang.

By the way, Pojan teringat tentang satu kejadian yang Pojan rasa kurang enak dan perlu dikongsi bersama untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Kisah ni berlaku dalam UTP jugak. Tempat yang selalu dilawati jugak dan selalunya untuk mencari makanan. Kisah ni berlaku di Cafe V4. [...]

Jalan-jalan Cari Makan! : Cafe USM

3:37 PM / by Pojan

Mood: Tak bermaya
Doing: Tido
Thinking: "Nak tido"
Eating: Tak makan lagi
Drinking: Air kosong ja


Salam final exam. Yeah, makin hari makin terasa bahang final exam. Bagi yang sedang menduduki final exam, semoga berjaya diucapkan. Final exam ni bukanlah mudah, tambah-tambah bagi yang tidak study ;p realiti yang pedih. Bila dah abis menjawab paper untuk hari yang tertentu, sudah pasti siswa-siswi berasa lapar yang amat sangat, dan antara tempat yang akan dilawati oleh siswa-siswi kelaparan ini adalah CAFE USM. [...]

Advanced Technology in UTP

12:47 PM / by Pojan

Mood : Takde mood.....
Doing: Tengok House
Thinking: "Laparla pulak~~ V4! V4!"
Eating: Mana makan lagi
Drinking: Mana minum lagi....


Hah! Setelah sekian lama menyepi, Pojan akhirnya mengupdate jugak blog ni. Kali ni sebab Pojan sibuk test, setiap hari ada ja test. Tapi itu cerita minggu lepas, sekarang dah hujung minggu^^.

Kali ni Pojan nak berkongsi sedikit sebanyak tentang salah satu teknologi yang diguna pakai di UTP ni. ( Yang Pojan dengar) boleh dikatakan benda ni antara salah satu teknologi yang melibatkan ramai designer, engineer, dan juga artisan-artisan seluruh dunia. Kalo kat Malaysia ni, mungkin ni ja tempat yang guna teknologi macam ni.

Nak tau apakah teknologi yang dimaksudkan?
[...]

ShareThis