Talent Search datang lagi!!

2:24 PM / by Pojan

Mood : Hepi sedikit, letih
Doing : Report fizik
Thinking : "Best nya kalo arini cuti"
Eating : Sirap bandung buluh perindu
Drinking : Ayam, sayur, n telur masin buluh perindu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger sekalian.


Pelbagai event berlangsung dalam UTP dan kali ni, Talent Search adalah antara yang terhot buat masa sekarang. I bet ramai yang akan menghadiri talent search pada malam 23 oktober nanti kan? Jangan nak tipo la kalo x ramai.


Namun persoalannya, wajarkah event sedemikian rupa diadakan? Kita tanya pendapat beberapa random person:


1: "Dia nak buat macam Euphoneus, tp x sama"
2: "Tak patot, tak patot"
3: .....(middle-like finger)
4: "mengarot btol, ada menari-menari, menyanyi- menyanyi, apekah?"
5: "Talent search?" [...]




Kereta baby kembali!!

7:42 PM / by Pojan


Kereta ni bru lepas ketuk n cat sebab terlanggar divider

Event: IDP Education In Australia

4:01 PM / by Pojan







Nak bisik : Peta rujukan ni untuk orang yang berasa sekitar ipoh, maap ye kepada yang jauh?^^

Jumaat Prayer

3:12 PM / by Pojan

Mood : Ok2 ja
Doing : House season 4
Thinking : "Hujan lebatnye~ cane nak gi makan??"
Eating : X makan lagi ah
Drinking : Air alkali 'Daily Fresh'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Apa khabar semua? Harap-harap dalam keadaan sihat wal'afiat dan bahagia. So, dah lama rasanya Pojan tidak post kat blog nih, rasa rindu ah pulak. Nak buat macam mana, Aini selalu pinjam lappy kesayangan ni sebab nak tengok movee. Ye la, download dari DC++, banyak la movee tu^^ Tapi dah dapat balik lappy ni, datang balik semangat nak menulis blog. Alhamdulillah..

Kali ni Pojan nak tulis sket je tentang benda yang Pojan nampak setiap kali abes solat Jumaat. Betapa indahnya Islam sedikit sebanyak dapat kita lihat bila da abes solat secara jemaah, especially solat Jumaat ni.


berjalan pulang bersama-sama dengan jemaah yang lain


berkongsi kenderaan dengan jemaah yang lain


bersalam dan berpelukan dengan sahabat-sahabat

Selalukah kita berpeluang untuk melihat fenomena-fenomena indah di atas pada masa-masa normal? Tambah-tambah dilakukan oleh seluruh muslimin UTP? Tidak!! Jadi bersyukurlah setiap kali kita pergi ke masjid untuk solat Jumaat^^

Nak bisik : Terima kasih kat pihak UTP khususnya yang di sekitar masjid An-Nur. Sebabnya? Walaupun kes H1N1 sudah lama tidak diperkatakan, namun langkah berjaga masih kelihatan di masjid An-Nur. Or it is? Pape pon, tahniah!!!


bahaya H1N1 masih dirasakan

Review: Kedai Gunting Rambut Krishnan

1:45 PM / by Pojan

Mood : Happy di samping tertekan

Doing : Tak puas hati potongan rambut -_-
Thinking : "Sempat lagi study"
Eating : Nasi putih, ayam goreng
Drinking : Limau ais

Pagi kemarin Pojan kena bangun awal sebab ada Lab Kimia. Tapi Lab Kimia tu laen dari yang laen, sebab eksperimen kemarin cuma siap dalam sejam berbanding eksperimen-eksperimen yang lain yang amik masa dua jam and that's Heaven!! Then ada Media Lab for another 2 hours, pelik bagi Media Lab yang sebelum-sebelum ni hanya sejam. Now that's another weird thing. Kelas last pulak kelas BI and instead of duduk kat port biasa, Pojan duduk kat deeeeepan skali, I don't know how to say this!!


So, back to the topic, Pojan sebenarnya nak tulis pasal kedai gunting rambut yang Pojan pegi lepas semua kelas kemarin. Ringkasnya, ini adalah review daripada Pojan based on first time pegi situ, kalo x btol apa yang Pojan tulis, dengan cara yang baek la ek?


Tepat jam 3.30 petang, Pojan memulakan perjalanan ke arah Taman Maju menaiki LC Pojan. Selepas lebih kurang 10 minit, Pojan pon sampai kat traffic light Taman Maju. Turn left and stroll through building nearest the main road. Then, korang akan jumpa sebuah kedai, 'Kedai Gunting Rambut Krishnan'. Kedai ni xda fancy sangat, bukannya Saloon, duh! Pojan pon park moto berdekatan ngan kedai tu, x dapat nak park depan kedai sebab masa tu penjaja gerai pasar malam dah mula bukak kedai.It's ok. Bila Pojan masuk ja kedai ada sorang India jemput Pojan duduk, memang la kan, dia keja kedai tu.Haih. Bila dah duduk tu, macam kat kedai gunting rambut laen, dia letak kain keliling tengkuk, very essential kalo nak gunting rambut customer. Kenapa? Bila gunting rambut, kalo adanya kain ni, xda la rambut-rambut yang ditrim atau digunting tu melekat kat baju, so, penting la kan? Then dia pon tanya, "mao gunting macam mana?" soalan common kalo pegi kedai gunting rambut biasa. So korang sendiri tentukan macam mana dia akan gunting rambut kamu. Come on, ni bukan saloon, bagi-bagi pilihan rambut macam mana.Aiyoo, nak buat lawak bukan kat blog ni, boleh? Sekarang, skip pasal gunting rambut, sebab cara gunting rambut dia Pojan rasa xda papa yang luar biasa. Apa yang berlaku lepas gunting rambut adalah pekerja tu akan mengambil minyak warna merah sket sapu kat  tangan dia and dia akan mengurut kepala customer. Perghh, ringan sket kepala. Dah abes Pojan pon tanya dia berapa ringgit. Dia balas, "macam biasa". Erk? Pojan x pnah pon g gunting kat situ, ape ke hal? Xpa, Pojan pon bayar la 6 ringgit. Then Pojan teros pulang ke UTP.







Pros: Guntingan professional, amek masa x lama, lebihan-lebihan rambut hampir 0% yang tinggal, dapat urutan kepala, harga berpatutan


Cons: Kalo nak rambut yang elok, kena terangkan detail kepada si tukang gunting, kalo x....


Nak bisik : Ada tips sebelum nak g gunting rambut. Seelok-eloknya shampoo rambut, dan pastikan rambut tu lembab-lembab, ini akan menyenangkan kerja si tukang gunting. Paling penting, jangan pakai minyak rambut atau apa-apa yang akan menyebabkan rambut anda keras atau terlalu licin untuk digunting.


Nak bisik lagi : Pojan x puas hati ngan rambut yang Pojan dapat!! Urgh!!

ShareThis